I made this widget at MyFlashFetish.com.

SCHOOL TERMS AND HOLIDAYS

Monday, July 11, 2011

Kepada : Ibu bapa/ Penjaga Murid ( Sesi Pagi dan petang)

PERKARA: MAJLIS SAMBUTAN ISRA DAN MIKRAJ BACAAN DOA SELAMAT SEMPENA HARI KEPUTERAAN KEBAWAH D.Y.M.M PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MUIZZADIN WADDAULAH SULTAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE-65 TAHUN

Dengan penuh hormat dan sukacita dimaklumkan berhubung dengan perkara tersebut akan diadakan pada:

Hari : KHAMIS 14HB JULAI 2011

Jam : 10.05 pagi (selepas waktu rehat) hungga 11.30 pagi

(bagi murid- murid sesi pagi)

Jam : 3.30 petang ( selepas waktu rehat) hingga acara selesai.

(bagi murid- murid sesi petang)

Untuk makluman pihak ibu bapa dan penjaga murid, sempena sambutan semua murid dikehendaki memakai BAJU KURONG DAN BERTUDUNG bagi murid- murid perempuan yang berugama Islam, BAJU CARA MELAYU DAN BERSONGKOK bagi murid- murid lelaki yang berugama Islam sementera murid- murid yang bukan berugama Islam dikehendaki memakai pakaian yang kemas seperti berseluar panjang, baju kemeja, skirt panjang dan baju lengan panjang bagi menghormati sambutan yang diadakan. Setipa murid juga dikehendaki membawa MAKANAN DAN MINUMAN kerana akan diadakan jamuan ringan di bilik- bilik darjah masing - masing.

Sekian dimaklumkan. Perhatian dan kerjasama yang diberikan di dalam perkara ini diucapkan penghargaan terima kasih.

*Murid- murid dibenarkan balik awal pada hari tersebut iaitu 11.30 pagi bagi sesi pagi dan 3.30 petang bagi sesi petang.